Pengeluaran KWSP merupakan antara harapan rakyat buat
masa ini bagi mendepani cabaran kenaikan kos kehidupan yang meningkat.
Walaupun beberapa pengeluran khas telah diperkenal
kerajaan sebelum ini, nampaknya tekanan kehidupan kini masih memberi kesan dalam
kehidupan kita semua.
Namun kita mungkin terlepas pandang kebenaran KWSP
untuk pengeluaran akaun 2 bagi tujuan tertentu.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Pengeluaran KWSP Akaun 2
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis
pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP
untuk peribadi 2022
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit
daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran
KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga
Tabung Haji.
✓ Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah
kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun
2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
✓ Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya
memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri,
membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra
Rakyat 2022.
✓ Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah
4) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat
pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan
Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF
untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak
mencukupi.