Kerajaan Umum Bantuan Beli Rumah Pertama Sehingga RM400K
Kerajaan umum bantuan beli rumah pertama sehingga
RM400K. Semua orang mesti ada impian untuk miliki rumah sendiri. Tetapi masalah
kewangan sering menjadi kekangan utama kita. Kini anda tidak perlu risau,
kerajaan ada sediakan pakej bantuan untuk tunaikan impian anda beli rumah.
Apakah itu SJKP ?
Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama
yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas,
pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.
Perkara dan penerangan dibawah :
Tujuan Pembiayaan
-
Pembiayaan gadai janji
Had Pembiayaan
-
Sehingga RM400,000.00 (termasuk MRTA*/
MRTT*)
Jenis Pembiayaan
Pinjaman/ pembiayan bertempoh
Tempoh Pembiayaan
-
Sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun,
mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
Jaminan Perlindungan
-
Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan
(termasuk pokok dan MRTA*/ MRTT*) yang diperolehi daripada Institusi-institusi
Kewangan yang terlibat
Kadar Faedah/ Keuntungan
-
Seperti yang ditetapkan oleh Institusi
Kewangan yang terlibat
Deposit
-
Deposit mandatori bersamaan dengan 3
bulan bayaran bulanan
Siapakah yang layak memohon SJKP?
-
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun
keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
-
Pembelian kali pertama rumah kediaman
baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah
atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami
-
Terbuka untuk rumah kediaman baru atau
rumah sedia ada atau rumah lelongan
-
Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman
pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
-
Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2
bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
-
Tiada lain-lain rekod kredit yang
negatif dalam tempoh 24 bulan
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Bagaimanakah saya boleh memohon SJKP ?
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan
institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan
secara terus ke pejabat SJKP.
Proses Skim Jaminan:
-
Bakal peminjam mengenal pasti kediaman
yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan
kepada IKP yang terlibat
-
Institusi Kewangan Terlibat akan
menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
-
Bank menilai dan menyemak permohonan
peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan
Berhad (SJKP) bagi jaminan perlindungan
-
SJKP akan menyemak permohonan dan
menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
-
Institusi Kewagnan mengemukakan surat
tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
-
Peminjam menerima LO dan memiliki rumah
idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiaaan
Dokumen diperlukan:
-
Perjanjian asal Jual Beli/ borang
tempahan/ resit bayaran muka
-
Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan
terkini (jika ada)
-
Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
-
Surat pengesahan pekerjaan
-
Salinan Kad Pengenalan pemohon
-
Surat pengesahan majikan (jika ada)
-
Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran
Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
-
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata
pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A,
Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung
Sumber: gemilangdaily.com
0 Response to "Kerajaan Umum Bantuan Beli Rumah Pertama Sehingga RM400K"