PENGENALAN
Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu
insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Program
Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara,
Malaysia (YKN).
BANTUAN MYKASIH KAPITAL:
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung
kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif
ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya
yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
OBJEKTIF:
1.
Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar
yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
2.
Membantu meningkatkan taraf hidup mereka
yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi
memulakan perniagaan.
3.
Pendekatan yang mengoptimumkan potensi
individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada
bantuan kerajaan sepenuhnya.
SYARAT KELAYAKAN:
-
Warganegara Malaysia yang berumur 18
tahun ke atas
-
Golongan wanita sahaja
-
Ketua keluarga yang merupakan pencari
nafkah utama keluarga
-
Individu yang menanggung keluarga tetapi
hilang mata pencarian
-
Wanita yang mempunyai suami tetapi suami
tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
-
Berminat dan bersungguh-sungguh
menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
CARA PERMOHONAN:
Mohon disini – Permohonan bantuanMyKasih
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya
No. telefon : 03
– 8323 2433