MANILA
– Seorang datuk bandar di Filipina mengarahkan penjawat awam untuk memberikan
senyuman sepanjang waktu bekerja atau berdepan risiko didenda.
Langkah
itu sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang
disediakan oleh kerajaan tempatan.
Aristotle
Aguirre memperkenalkan ‘polisi senyum’ pada
bulan ini selepas mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Mulanay di
wilayah Quezon.
“Polisi
ini mesti diguna pakai ketika berkhidmat kepada rakyat untuk memberi keikhlasan
dengan menunjukkan perasaan tenang dan suasana mesra,” demikian menurut
arahan eksekutif itu.
Aguirre
berkata, langkah itu sebagai tindak
balas terhadap aduan penduduk tempatan. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai
petani dan nelayan, mengadu tentang
layanan tidak mesra kakitangan majlis perbandaran setiap kali mereka pergi
membayar cukai atau mendapatkan bantuan.
Sesetengah
mereka akan berjalan kaki selama sejam dari kampung terpencil bagi tujuan
tersebut.
“Apabila
mereka tiba, mereka kecewa dengan sikap kakitangan yang berurusan dengan
mereka,” kata Aguirre.
Kakitangan
yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda bersamaan gaji enam bulan atau digantung kerja .- Agensi
Sumber:
Kosmo