KUALA
LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)
sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai 2022, berikutan pengumuman kenaikan
Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
Maybank
dalam kenyataannya berkata, BR akan dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun
kepada 2.25 peratus setahun, manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.65
peratus setahun kepada 5.9 peratus setahun.
"Begitu
juga, Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas masing-masing akan dinaikkan
sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun
dan daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.
"Sehubungan
dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga
akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai 2022," katanya.
Semakan
terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan
daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun berikutan kenaikan
OPR dengan kuantum yang sama.
Sumber:
bharian