SEREMBAN
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang memberi penghargaan kepada orang
awam yang membuat aduan kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-Aduan@JPJ.
Timbalan
Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, M Janagarajan berkata, ia sebagai galakan kepada
masyarakat untuk membantu JPJ mengesan kesalahan lalu lintas.
Bagaimanapun
katanya, tidak ramai yang mengetahui sistem e-Aduan@JPJ itu yang dilancarkan
sejak April lalu.
"Kita
sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menjadi 'mata-mata' kepada JPJ
sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
"Sejak
e-Aduan@JPJ ini diperkenalkan kita telah menerima kira-kira 1,000 aduan di
seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah," katanya
pada sidang akhbar selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 di Terminal
One di sini pada Jumaat.
Hadir
sama, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.
Menurutnya,
melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video
kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka selain lokasi dan waktu
kesalahan.
Jelasnya,
dari aduan itu siasatan lanjut dan tindakan akan diambil.
Sumber:
sinarharian