Berita
baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Imigresen Malaysia kini
sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi
perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan
ini secara terperinci.
Pengambilan
ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi
jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat
Jawatan
PEGAWAI
PERSONEL MYSTEP – N19
Taraf
Jawatan: Kontrak
Tempoh
Lantikan: 5 Bulan
MySTEP
adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor
awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya .
Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan
di GLC.
Syarat-syarat
Kelayakan
-
Semua
pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
-
Berumur
tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
-
Kelayakan
akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara
Memohon
Kepada
yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan
kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi
kekosongan jawatan.
Permohonan
hendaklah dibuat dengan menghantar Resume (beserta gambar berukuran passport),
Salinan Kad Pengenalan, Salinan Diploma/Ijazah dan Dokumen-dokumen sokongan
berkaitan ke alamat e-mel: statistik@imi.gov.my.
Pemohon
juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan
tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat
kelayakan setiap jawatan.
Hanya
calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang
akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh
tutup permohonan pada 13 JULAI 2022, RABU (SEBELUM JAM 12 TENGAH HARI).
Hebahan
rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.
Sumber: berikerja