Isu Pengadil ‘Sepak’ Fazly Mazlan, Subkhiddin Mahu Yang Bersalah Diadili Dengan Wajar
Semalam, terjadi suatu lagi kekecohan dalam bola sepak
negara mengenai isu pengadilan, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam
kalangan penyokong untuk memberi pelbagai tanggapan.
Situasi pengadil kali ini terarah kepada perlawanan
suku akhir Piala FA membabitkan antara Sabah dan Selangor dalam aksi yang
berlangsung di Stadium Likas semalam.
Did the referee kick Fazly Mazlan? It looked like a kick to me. That doesn’t seem right to me.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) July 23, 2022
This season, referees have been hogging the headlines. We can go on and on about it. #SABSEL #FACup2022 pic.twitter.com/PH5Kf7NccN
Dalam situasi tersebut, rakaman menunjukkan aksi
pengadil perlawanan iaitu Suhaizi Shukri telah melayangkan kaki beliau kepada
pertahanan Selangor, Fazly Mazlan.
Situasi itu dilihat agak tegang kerana Fazly bersama
beberapa lagi pemain Selangor dilihat cuba membantah keputusan pengadil
tersebut setelah beliau memberi sepakan percuma buat tuan rumah.
Fazly pula ketika itu dipersalahkan kerana beliau
menjadi pemain yang telah menjatuhkan Baddrol dan jelas dirinya tidak berpuas
hati dengan keputusan tersebut sehingga mencetuskan tindak balas daripada
pengadil.
Menurut Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Subkhiddin Mohd Salleh, beliau telah pun memberi
pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut di laman Twitter semalam.
Jelas beliau, tiada sebarang pengecualian perlu
diberikan buat mana-mana pihak, dan segalanya perlu diadili sebaik mungkin buat
pengadil dan pemain terlibat.
@subkhiddin1 mohon pencerahan,apakah tindakan undang2 boleh diambil kepada pengadil tersebut tuan?
— Wachito Buritto (@muhdzndn) July 23, 2022
Beliau juga menjelaskan situasi pengadil tersebut
mungkin berlaku kerana Subkhiddin berjaya mengesan tindak balas awal tangan
Fazlu sebelum itu kepada Suhaizi sehingga terjadinya perkara berkenaan.
“Tiada pengecualian terhadap mana-mana pihak,
lebih-lebih lagi pengadil. Yang bersalah perlu diadili sewajarnya.
“Saya perhatikan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang
tidak sepatutnya berlaku disitu. Biar mereka diadili sebaik-baiknya.
Sebelum isu semalam, penyokong bola sepak Malaysia
terlebih dahulu mempertikaikan kualiti pengadil ketika aksi Liga Premier
baru-baru ini ketika aksi Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II)
yang turut dianggap kurang bermutu.
Pada aksi semalam, Suhaizi dilihat berjaya mengadili
perlawanan dengan baik walaupun intensiti permainan dipamerkan agak tinggi
sepanjang 90 minit.
📹 HIGHLIGHTS: @SabahFCofficial 0-2 @selangorfc
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 23, 2022
Selangor FC menempah tiket ke separuh akhir Piala FA menerusi jaringan Hyuri (minit pertama) dan Caion (minit ke-81).#PialaFA2022 pic.twitter.com/yU3pgpAPxY
Cuma disebabkan insiden beliau mengangkat kaki ke arah
Fazly Mazlan sahaja menyebabkan nama pengadil ini menjadi tumpuan dan segalanya
terserah kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat keputusan serta
mengeluarkan kenyataan rasmi.
Sumber: semuanyabola.com
0 Response to "Isu Pengadil ‘Sepak’ Fazly Mazlan, Subkhiddin Mahu Yang Bersalah Diadili Dengan Wajar"