KUCHING, 3
Julai: Seramai 1,745 suspek ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah, narkotik
dan komersil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dari Januari hingga
Jun tahun ini.
Ketua Polis
Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata daripada jumlah tersebut, 1,483 ialah
lelaki dan 211 wanita serta 51 lagi merupakan pesalah juvana.
Katanya
juga, secara purata 10 suspek setiap hari dalam tempoh tersebut.
"Dari
jumlah tangkapan ini, seramai 1,693 merupakan warga tempatan dan 52 lagi warga
asing.
"IPD
Kuching juga telah berjaya mendakwa seramai 1,298 suspek di mahkamah, terdiri
daripada 1,104 lelaki, 151 wanita dan 43 pesalah juvana, katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Jelasnya
juga, Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mencapai kadar pertuduhan 42 peratus,
kadar penyelesaian kes 56 peratus.
"Usaha
inj membantu mengawal keadaan jenayah di Kuching dengan pengukuran nilai ambanh
mencatatkan penurunan sebanyak 46 peratus.
"Manakala
kes indeks dan non indeks mencatatkan penurunan sebanyak 524 kes bersamaan 44
peratus" katanya.
Bagi
cawangan Narkotik pula telah berjaya mencapai kadar pertuduhan kes sebanyak
90.61 peratus dan kadar penyelesaian kes adalah 69.70 peratus.
Sementara
bahagian Trafik mencatatkan kadar pertuduhan sebanyak 90 peratus dan kadar
penyelesaian kes sebanyak 96.42 peratus.
"Bahagian
Komersial mencatatkan kadar pertuduhan kes sebanyak 36.22 peratus dan kadar
penyelesaian kes sebanyak 8.67 peratus.
"IPD Kuching
ini terus bertekad untuk memastikan kesejahteraan masyarakat di Kuching dapat
dipelihara sejajar dengan tiga fokus Ketua Polis Negara" katanya.
Sumber:
DayakDally