Dalam
usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah
diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau
Persekutuan. Ia termasuklah bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif yang
dilaksanakan di bawah Belanjawan 2022 serta pelbagai lagi pengumuman-pengumuman
lain.
Oleh
itu, berikut merupakan antara bantuan-bantuan kerajaan bagi bulan Julai 2022:
Bantuan
Kewangan JKM
Bagi
mereka yang telah diluluskan permohonannya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) akan menyalurkan bantuan bulanannya bagi bulan Julai 2022 dari 01 hingga
10 Julai 2022. Ia termasuklah bantuan-bantuan seperti BAP, BKK, BWE dan
sebagainya. Untuk senarai penuh bantuan-bantuan terlibat, sila rujuk – DI SINI.
Bantuan
IKS (BAIKS)
BAIKS
adalah sebuah inisiatif Kerajaan bagi merangsang pertumbuhan industri kecil dan
sederhana (IKS) di Sabah. Tujuan utama program ini adalah untuk membina
kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam
bentuk geran.
Antara
jenis-jenis bantuan yang ditawarkan di bawah BAIKS adalah Mesin dan Peralatan,
Pembungkusan, E-dagang / digital dan Francais.
Inisiatif
SADE
Skim
Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20
meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dengan
pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Dimaklumkan bahawa pendaftaran SADE
ini dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.
Bantuan
Musim Tengkujuh (BMT)
BMT
2022 ialah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diperkenalkan oleh RISDA
bagi mereka yang berkelayakan. Pembayaran BMT melibatkan dua fasa (RM300 setiap
fasa) yang akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022.
Pembayaran
BMT ini kepada mereka yang diluluskan permohonannya akan dilaksanakan secara
Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh
penerima ketika permohonan dibuat. Maklumat lanjut berkenaan BMT, boleh dirujuk
– DI SINI.
Sumber:
berikerja