PERSONALITI
media sosial Khaby Lame, yang baru-baru ini menyingkirkan Charli D’Amelio untuk
bergelar individu dengan pengikut paling ramai di TikTok, mendedahkan bahawa
dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz)
Al-Quran.
“Ya
saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak
tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya," katanya kepada sebuah media
Itali.
Persoalan
tentang agama antara soalan yang paling banyak ditanya kepada Lame.
Lame,
22, yang dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali, turut mendedahkan dia
dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal
dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.
Sebelum
mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya
selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.
Lame
setakat ini mengumpulkan sejumlah 143.2 juta pengikut di TikTok, mengatasi
D'Amelio yang mencatatkan 142.3 juta pengikut.
Dia
yang merupakan seorang pekerja kilang, hilang pekerjaan akibat pandemik
COVID-19 pada Mac 2020. Apabila bapanya menggesa dia memohon kerja lain, dia
menghabiskan berjam-jam setiap hari dengan memuat naik video di TikTok.
Kandungan
video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi
lucunya terhadap 'life hacks' yang dianggap terlalu rumit.
Sumber:
astroawani