i-MILIKI
: PEMBERIAN INSENTIF PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMBELIAN RUMAH
Kerajaan
telah mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi
sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.
Berikut
dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman bersama.
Apakah
i-MILIKI?
Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan inisiatif
i-MILIKI dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022.
Ia
melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah
milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga
rumah.
- Bagi
rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah
sebanyak 100%.
- Bagi
rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak
50%.
Tempoh
Pengecualian
Pengecualian
ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1
Jun 2022 sehingga Disember 2023.
Contoh
Kiraan
Contoh
kiraan bagi pengecualian ini adalah seperti berikut:
1.
Harga rumah : RM 300,000
Legal
fees SPA : RM3,000
Stamp
duty SPA : RM5,000 (free)
Loan
agreement fees : RM,3000
Stamp
duty loan : RM1,500 (free)
2.
Harga rumah: Rm 600,000
Legal
fees spa : RM 5,800
Stamp
duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)
Loan
agreement fees : RM 5,800
Stamp
duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)
*Nota:
Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.
Lain-lain
Inisiatif
Dalam
Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, PM DS
Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun
2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan
rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.
-
Program
pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan
masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik
-
Satu
pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang
dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara
-
PM
umum pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif
i-MILIKI mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023
-
Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen
yang dapat tingkatkan daya huninya – PM
“Saya
bersetuju dengan pendekatan Karnival Jom Beli Rumah ini yang akan diadakan di
seluruh negara dengan membawa mesej dan inisiatif-inisiatif Kerajaan
termasuklah Kerajaan Negeri khususnya dalam soal perumahan.”
“Saya
juga sedar kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi namun kita
perlu terus membantu rakyat dengan memperkasa agenda pemilikan kediaman melalui
lebih inisiatif tersusun yang dirangka oleh KPKT,” katanya lagi.
Insentif
Pengecualian Cukai Duti Setem
Sementara
itu, insentif pengecualian CUKAI duti setem bagi perjanjian pindah milik harta
tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai
sehingga RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025.
Infografik
oleh: KPKT Malaysia
Sumber:
ecentral