I-LINDUNG
| KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2
Semua
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berpeluang membeli produk
insurans dan takaful pada premium berpatutan daripada akaun 2.
Pengerusinya,
Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, ia boleh dilakukan menerusi platform
i-Lindung, dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta merta.
Tahukah
anda apakah syarat dan manfaat i-Lindung? Jom baca lebih lanjut!
Apakah
i-Lindung KWSP?
i-Lindung
adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk
tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui
PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat
Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini
adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan
bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak
diingini pada masa hadapan.
CIRI-CIRI
UTAMA:
1.
Proses
yang lancar, tidak perlu pemeriksaan kesihatan
2.
Sebut
harga serta-merta secara dalam talian sahaja
3.
Kemudahan
akses dan menganalisis semua maklumat produk ditawarkan sebelum membuat pilihan
4.
Memaparkan
maklumat yang terperinci secara keseluruhan
5.
Kelebihan
untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua!
Syarat
Kelayakan
1.
Warganegara
Malaysia
2.
Pengguna
i-Akaun (Ahli)
3.
Mempunyai
baki simpanan di dalam Akaun KWSP
Jenis
Perlindungan Yang Ditawarkan
-
Perlindungan
Hayat
-
Perlindungan
Penyakit Kritikal
Tempoh
Perlindungan i-Lindung KWSP
Buat
masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.
Perlindungan
akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT.
Polisi/sijil
anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan
Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.
Harga
Premium / Sumbangan
Premium
/ sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih.
Faktor-faktor
yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi
berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status
perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.
Tarikh
Bayaran
Setelah
permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta
dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil
anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak,
polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.
Anda
dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian
Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap
status polisi/sijil anda.
Cara
Permohonan i-Lindung KWSP
1.
Log
masuk ke i-Akaun (Ahli)
2.
Klik
pada tab i-Lindung
3.
Pilih
produk yang ditawarkan oleh SIT
4.
Lengkapkan
maklumat di portal SIT
5.
Kebenaran
untuk potongan dari Akaun KWSP
6.
Penerimaan
penyata maklumat dari SIT
Rujuk
langkah-langkah yang dikongsikan di media sosial oleh Aida Mazlan :
Ada
yang belum tahu sekarang anda boleh beli takaful dari kwsp melalui i lindung.
Cara
nak beli:
1.
Login
iakaun
2.
Klik
tab ilindung
3.
Pilih
produk Produk yang dicover adalah kematian , Kecacatan kekal dan Penyakit
kritikal
Ada
beberapa syarikat yang anda boleh pilih
1.
Fwd
2.
Etiqa
3.
Prudential
*pastikan
bagi muslim, pilih produk takaful.Untuk produk agak straight foward. Berbeza
jumlah pampasan sahaja. DW suggest pilih paling tinggi pampasan.
atau
sesuai dengan budget anda.
Bayaran
secara tahunan dari akaun 2
Untuk
critical illness:
-
FWD
tawarkan early Ci coverage maksima 100K
-
Prudential
tawarkan 45 Critical illness termasuk pampasan penyakit dangue rm500
-
Etiqa
tawarkan maksima 50K penyakit kritikal
Harga
mengikut umur, jantina, merokok atau tidak.
jenis
takaful ini ialah jenis standalone. tiada investment atau simpanan.
Dah
ada semua ni sekurangnya anda kena cover dah, jangan lupa declare sakit anda
jika pernah sakit.
Bagi
yang sihat cecepatlah apply.
Lepas
ada semua ni tinggal anda ambil sendiri tambahan sahaja dan medikal kad.
@kerjajer Replying to @internetsloww Macam mana nak beli insurans / takaful melalui i-lindung kwsp? #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #kerjajer ♬ original sound - Kerjajer
Maklumat
Lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di :
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung