Hendrawan Sanggup Pakai Stokin Sahaja, Berikan Kasut Kepada Pemain Jamaica

PELUANG KERJAYA
0

 

Kuala Lumpur: Rata-rata peminat badminton negara dan seluruh dunia memuji semangat kesukanan jurulatih negara, Hendrawan yang sanggup memakai stokin sahaja selepas memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts ketika Sukan Komanwel Birmingham 2022, awal pagi tadi.

 

Perkara itu berlaku disebabkan tapak kasut dipakai Ricketts rosak ketika sedang beraksi menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam saingan Kumpulan D acara berpasukan campuran, sekali gus memaksa perlawanan dihentikan seketika.

 

Ricketts cuba untuk meneruskan aksi dengan menggunting dan menanggalkan bahagian yang terkoyak, namun ia kurang selesa sebelum jurulatih Jamaica datang memberikan kasut sukan daripada rakan sepasukannya.

 

Selepas memakainya, Ricketts mendapati ia masih belum selesa kerana saiz berlainan, sebelum Tze Yong dan Hendrawan datang untuk bertanyakan mengenai saiz kasut dipakainya.

 

Akhir sekali Hendrawan membuka kasutnya dan memberikan kepada Ricketts kerana saiz dan jenama kasut digunakan adalah sama.

 

Hendrawan kembali meneruskan tugasnya dan duduk di kerusi jurulatih di belakang gelanggang dengan hanya memakai stokin putih.

 

Dalam perlawanan itu, Tze Yong tidak berdepan masalah untuk mengatasi Ricketts menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-16, malah lawannya turut menggunakan kasut Hendrawan bagi aksi beregu.

 

Skuad badminton negara menang 5-0 ke atas Jamaica dan mara ke suku akhir selepas turut merakam kemenangan 5-0 ke atas Zambia dalam aksi pertama kumpulan.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !