Impian
personaliti media sosial, Alieff Irfan ingin memandu kereta sport jenama
McLaren 720S akhirnya tercapai apabla dia berjaya memiliki kenderaan itu.
Meluahkan
rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Alieff atau nama sebenar Muhd Aliff lrfan
Aziki, 25, menganggap ia merupakan satu kejayaan buat dirinya selepas
bertungkus lumus bekerja keras selama ini.
Kata Alieff,
sepatutnya pembelian kereta mewah itu dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri,
namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.
"Syukur
dan Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai
hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi
pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini.
@aiteamfansss0 😭❤️❤️#aiteam #fypシ #masukberandafyp #aliefirfan #bellestrelle ##CapCut @Alieff Irfan @bellestrelle ♬ bunyi asal - 𝖆𝖎𝖙𝖊𝖆𝖒𝖋𝖆𝖓𝖘🕊
"Ini
juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun
ini" katanya kepada mStar.
Sebelum itu,
Alieff berkongsi kegembiraan dan keterujaannya memiliki kenderaan berwarna
hitam itu menerusi laman Instagram pada malam Isnin.
Dalam pada
itu, YouTuber terkenal ini menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman video dan
foto di media sosial adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut.
"Dalam
dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan
menjadi buah mulut orang.
"Namun,
bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha
keras selama ini.
"Saya
memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada
mereka yang selama ini banyak menyokong, jelasnya.
Pasangan ini
teruja menantikan kelahiran cahaya mata kembar mereka sekitar September depan.
Menerusi
carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan
bernilai lebih RM2juta.
Dalam dunia
ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi
buah mulut orang
Dalam pada
itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau
mesra disapa Bella yang kini sedang hamil anak kembar.
"Alhamdulilah,
isteri sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September
depan nanti akan bersalin anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan
dipermudah semua urusan.
"Buat
masa sekarang kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyaAllah segalanya
akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidiladha nanti, jelasnya yang masih
merahsiakan jantina anak.
Sumber:
mstar