Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban
mereka yang memerlukan.
Antaranya termasuklah bantuan rumah kepada yang
berkelayakan iaitu Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah maklumat
lanjut berkenaan PPR Dimiliki:
Harga Rumah
Pada asasnya Program Perumahan Rakyat adalah sebuah
program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan
tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Melalui PPR Dimiliki, ia bertujuan bagi membolehkan
golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri
dengan harga dari RM30,000 sehingga RM42,000 sebuah.
Ciri-ciri rumah PPR Dimiliki
-
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah
bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
-
Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah
teres
-
Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki
persegi
-
Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1
Ruang Dapur, 2 Bilik Air
-
Kemudahan Asas:
-
Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
-
Surau/Ruang Solat
-
Gerai Makan/Ruang Niaga
-
Tadika
-
Kemudahan OKU
-
Taman Permainan/Kawasan Lapang
-
Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
-
Pemohon dan pasangan Warganegara
Malaysia;
-
Berumur 18 tahun ke atas;
-
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
sebulan;
-
Pemohon dan pasangan tidak pernah
memiliki rumah;
-
Mengikut syarat-syarat tambahan yang
ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan oleh KPKT, permohonan PPR Dimiliki boleh dikemukakan secara atas
talian di Portal TEDUH KPKT.
Maklumat lengkap berkenaan PPR boleh dirujuk DI SINI
dan senarai projek boleh dilihat dan dimohon di PAUTAN INI.
Sumber: semakanbantuan.com