Harga
minyak masak berbotol wajar diturunkan segera selaras dengan harga sawit Buah
Tandan Segar (BTS) yang telah turun secara mendadak hingga paras harga
RM700/tan daripada purata harga RM1600/tan pada Mei dan Jun yang lalu.
Pada
masa yang sama harga CPO juga menyusut kepada RM4000/tan, jauh daripada harga
purata RM6100/tan pada Jun yang lalu.
Menurut
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak Khairol Najib Hashim penurunan harga BTS dan
CPO ni seharusnya diikuti dengan penurunan harga minyak masak botol yang kini
dijual dengan harga pasaran.
“Jangan
hanya naik harga sederap tapi turunnya berperingkat-peringkat seperti yang
dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa (Pengerusi Pasukan Khas Tangani Inflasi)
bahawa harga minyak masak botol akan diturunkan berperingkat-peringkat mengikut
harga pasaran.
Disamping
itu juga dengan pelbagai tekanan luar yang menyebabkan harga BTS turun secara
mendadak, maka Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan agar kerajaan khususnya
Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) dapat memperkenalkan
harga lantai untuk BTS bagi memastikan pekebun – pekebun kecil tidak kerugian
dalam menjual buah sawit mereka.
“Dengan
segala input pertanian dan kos tenaga buruh yang kian meningkat, maka
sewajarnya harga lantai BTS diperkenalkan bagi mewujudkan keadaan yang lebih
saksama kepada para pekebun kecil,”katanya.
Terdahulu,
Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata pihak
industri minyak masak sawit secara prinsip bersetuju membuat ‘adjustment’ bagi
menurunkan harga minyak masak secara berperingkat berasaskan harga pasaran
minyak sawit semasa.
Sumber: malaysiadateline