SHAH ALAM - Susulan pemansuhan harga siling minyak masak
tulen botol bermula Jumaat, terdapat pasar raya didapati mula menjual bahan
masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding harga siling sebelum
ini.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya di sini
mendapati kadar peningkatan itu melibatkan kesemua jenis minyak masak botol
iaitu 1, 2, 3 dan 5 kilogram (kg).
Bagi minyak botol 5kg, peningkatan harga melibatkan pelbagai
jenama termasuk Seri Murni yang naik kepada RM42.70 iaitu 44 peratus, diikuti
Buruh, RM42.60 (43.5 peratus); Alif, RM42.50 (43 peratus); Vesawit, RM42.25
(42.5 peratus) dan Saji, RM42.20 (42 peratus).
Sumber: sinarharian