LONDON:
Penyerang Brazil, Everaldo menjaringkan gol menakjubkan menerusi gaya akrobatik
bersama kelab Jepun, Kashima Antlers.
Ketika
aksi menentang Cerezo Osaka Rabu lalu, pasukannya ketinggalan 3-2 dan masa
semakin menghampiri 90 minit.
Namun
Everaldo melepaskan sepakan 'ala basikal' untuk mengejutkan Osaka dan
memberikan pasukannya keputusan seri manakala ramai mendakwa ia pasti akan
menang Anugerah Puskas selaku 'gol tercantik' dalam kalendar tahunan.
PICK THAT OUT.
— 101 Great Goals (@101greatgoals) July 7, 2022
Kashima Antlers' Everaldo with a definite Puskas contender 😳pic.twitter.com/zJW9v1TPUp
Selepas
menerima bola jauh, dia mengawal dengan paha dan menyepak menggunakan kaki
kanan.
Ketika
bola itu melantun, Everaldo melompat dan meledak ke arah gawang menerusi gaya
akrobatik hebat.
Bola
berkenaan menghala ke arah penjuru dan melepasi penjaga gol Osaka, Kim
Jin-hyeon.
Pemain
berusia 31 tahun itu mewakili Gremio dan Queretaro sebelum bermain dalam J1
League pada Januari 2020.
Dia
menjaringkan 19 gol dalam 61 aksi liga bersama skuad kendalian Rene Weiler. -
AGENSI