SHAH
ALAM - Filem biografi epik, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ terus mencetuskan
fenomena luar biasa apabila meraih kutipan tiket berjumlah RM53 juta dalam
tempoh 13 hari tayangan di pawagam.
Pengarahnya,
Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof menerusi
hantaran video di Instagram berkata, jumlah kutipan tersebut sangat luar biasa,
malah terbukti filem Malaysia boleh pergi jauh.
Syamsul
Yusof bagaimanapun turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penonton kerana
terus menyokong filem arahan beliau itu.
“Saya
nak ucap terima kasih banyak kepada mereka yang menghantar pesanan secara terus
(DM) menerusi Instagram. Beribu-ribu DM, tetapi saya hargai anda semua. Filem
Mat Kilau hari ke-13 masih ditayangkan dan mendapat sambutan menggalakkan.
“Setakat
ini RM53 juta. Luar biasa. Ini semua kuasa ALLAH. Walaupun hari bekerja, masih
penuh. Terima kasih banyak semua. Filem Malaysia boleh pergi jauh. ALLAH Maha
Besar,” katanya.
Sebelum
ini, Syamsul Yusof turut menjangkakan filemnya itu bakal mengutip RM60 juta
biarpun ada yang menjangkakan hasil kutipan boleh ditambah sehingga mencecah
RM80 juta hingga RM100 juta.
Sejak
ia mula ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem yang diinspirasikan daripada
sejarah tanah air itu telah berjaya menjadi antara perbualan utama di media
sosial selain membangkitkan semangat kepahlawanan apabila ramai yang berbusana
Melayu dan bersilat ketika hadir ke pawagam.
Filem
yang menelan kos RM8 juta itu dibintangi ramai pelakon hebat antaranya Datuk
Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan,
Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie
Suriaty, Khir Rahman dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood,
Yayan Ruhian.
Sumber:
sinarharian