Aktres
cantik Fasha Sandha pada Isnin mendedahkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram
Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai merupakan seorang lelaki yang baik
pernah dijumpainya. Fasha mendedahkan perkara tersebut apabila dia menjawab
pertanyaan peminatnya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram.
Antara
soalan yang diajukan peminat adalah mengenai hubungan pelakon itu dengan bekas
suaminya. Peminat Fasha dilihat kagum dengan keperibadian Fasha bersama Rizal
yang tidak pernah bersengketa selepas berpisah. Peminat itu juga turut meminta
tips yang boleh diikuti buat pasangan lain.
Pastinya
peminat ingin mengetahui rahsia kebahagiaan ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Suka tengok
kak dengan bekas hubby baik je tak gaduh
Ada tips ke
untuk pasangan lain
Menjawab
pertanyaan tersebut, pelakon Khilaf Asmara tersebut mendedahkan di awal
perpisahan wujud salah faham antara dirinya dan bekas suami. Namun kini, mereka
berbaik demi kebahagiaan anak-anak.
Sejujurnya,
hmm..ada ketika mula-mula dulu ada juga sikit salah faham, tapi bila dah
menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak.
Penting
untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni.
Lebih
menarik perhatian, apabila Fasha juga menyifatkan bahawa bekas suaminya itu
merupakan ayah dan lelaki yang baik pernah dijumpainya walaupun banyak terpalit
dengan kontroversi suatu ketika dahulu.
Rizal adalah
daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang pernah i jumpa.
Dia mungkin
terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik.
Menutup
penulisannya itu, Fasha berkata dia tidak mempunyai sebarang tips seperti yang
diminta peminatnya itu kerana dia bukan seorang pakar motivasi, guraunya.
Fasha
sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012
sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka
dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Sumber:
fashasandha, ohbulan