Pemain sayap pasukan Penang FC, Mohd Faiz Subri kembali
mencatat nama selaku penjaring apabila membantu Penang mengikat Karo United FC dengan keputusan 1-1.
Faiz yang turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas
menjadi nadi kepada kemenjadian jentera serangan pasukan dalam perlawanan
pertama Piala TYT 2022 Stadium Bandaraya malam semalam.
Gandingan beliau bersama Hilal Al-Helwe dan juga Jafri
Firdaus jelas mampu untuk membentuk keserasian yang baik apabila seringkali
menyukarkan tugas pertahanan Karo United.
Perlawanan berlangsung dengan cukup baik apabila kedua-dua
pasukan berjaya mencipta beberapa momen penting untuk menjaringkan gol.
Namun begitu, kedudukan masih terikat sehingga memasuki masa
kecederaan babak pertama.
Kualiti dan ketenangan yang dimiliki oleh pemenang anugerah
Puskas FIFA ini terpancar apabila beliau meledak gol yang cukup cantik.
Faiz menerima hantaran daripada kapten pasukan, Endrick Dos
Santos lalu melakukan larian pantas sebelum melepaskan rembatan kencang ke
bahagian kanan gawang gol lawan.
Jaringan beliau disusuli dengan sujud syukur tanda
kesyukuran sekembalinya ke pentas tertinggi bola sepak Malaysia bersama Penang.
Rata-rata peminat kagum dengan teknik luar biasa yang
dimiliki oleh Faiz yang masih memiliki sentuhan berbisanya sambil menanggap gol
ini juga bertaraf Puskas.
Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan
terpaksa akur apabila Karo United menjaringkan gol penyamaan pda minit ke-70
yang dijaringkan oleh Kardinata Taringan.
Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat dengan
keputusan 1-1.
Sumber: makanbola