eCCRIS BNM: Semakan Rekod CCRIS Secara Percuma Online
Tahukah kini Bank Negara Malaysia (BNM) telah
menyediakan satu perkhidmatan percuma untuk anda menyemak rekod CCRIS secara
percuma.
Semuanya boleh dilakukan di hujung jari anda.
Semakan CCRIS boleh dibuat melalui portal khas yang
disediakan oleh BNM yang dikenali sebagai eCCRIS. Anda juga boleh mengetahui
sama ada anda disenarai hitam.
eCCRIS boleh diakses pada pautan berikut:
https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!
Anda cuma perlu login dan semak rekod CCRIS anda.
Semakan CCRIS Secara Percuma
Cara membuat semakan adalah dengan login pada kaman web
https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!
Jika anda belum mempunya USER ID, anda perlulah
mendaftar terlebih dahulu dengan klik butang register now seperti yang tertera
pada gambar di bawah ini.
Namun, adakalanya gungsi pendaftaran online ini tidak
dapat dibuat secara online disebabkan oleh fungsi berada dalam mod
penyelenggaraan.
Disebabkan itu, anda perlu mendaftar pada kioks yang
disediakan yang terdapat di seluruh negara. Lokasi kiosk berkenaan boleh
dilihat di sini. https://www.akpk.org.my/contact-us
Selepas anda selesai membuat pendaftaran, bolehlah klik
login buat pertama kali ataupun “first time Login.”.
Ikuti langkah seterusnya yang dipaparkan. Setelah
selesai, anda boleh membuat semakan pada bila-bila masa sahaja.
Perlu diketahui, buat pendaftaran pertama kali, deposit
kepada BNM sebanyak RM1 diperlukan bagi menentusahkan identiti anda. RM1 akan
dipulangkan semula dalam tempoh 2 hari bekerja.
Contoh report CCRIS yang diperolehi
Berikut adalah contoh report yang akan anda perolehi
daripada BNM berkenaan laporan kewangan CCRIS anda.
Sumber: portalsemakan.com
0 Response to "eCCRIS BNM: Semakan Rekod CCRIS Secara Percuma Online"