Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah
memperkenalkan sistem yang membolehkan orang ramai membuat laporan polis secara
atas talian menerusi e-Reporting.
e-Reporting adalah salah satu inisiatif PDRM untuk
memudahkan orang awam membuat laporan polis secara online melalui internet di
mana-mana sahaja pada bila-bila waktu.
Sistem ini disediakan hanya untuk membuat laporan polis bagi
kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.
Orang ramai yang ingin membuat laporan polis secara online
boleh melayari laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.
Jenis Laporan Polis
Jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui sistem ini
adalah seperti berikut:
-
Hilang/tercicir kad pengenalan.
-
Hilang/tercicir lesen memandu.
-
Hilang/tercicir kad kredit/ATM.
-
Hilang telefon bimbit.
-
Hilang komputer riba (laptop).
-
Hilang cukai jalan.
-
Pembantu rumah lari-Tujuan permohonan pembatalan
permit pembantu rumah sahaja.
-
Kehilangan kerosakan peralatan atau dokumen
akibat bencana alam.
Pengguna Sistem
Pengguna yang ingin menggunakan sistem ini mestilah mereka
yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai capaian internet.
Cara Penggunaan
Penggunaan sistem ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah
berikut iaitu:
1.
Layari laman web
https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.
2.
Klik ‘Daftar Pengguna’ dan isi maklumat yang
diperlukan diikuti dengan butang ‘Daftar.’
3.
Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan
dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Login.’
4.
Semak butiran pengguna.
5.
Masukkan butiran kejadian.
6.
Masukkan keterangan kejadian.
7.
Hantar butiran laporan tersebut.
8.
Cetak dan pengguna akan menerima salinan laporan
tersebut menerusi email.
9.
Bawa laporan polis tersebut ke agensi yang
berkaitan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai penggunaan e-Reporting, sila layari
laman web https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx.