e-PENGAMBILAN PDRM : PERMOHONAN POLIS & SEMAKAN
PANGGILAN TERKINI 2022
Untuk makluman sahabat – sahabat semua, sekiranya anak –
anak / saudara mara / rakan – rakan / kenalan rapat berminat untuk menyertai
pasukan Polis boleh membuat permohonan melalui E-Pengambilan PDRM.
Semua permohonan jawatan di PDRM hendaklah dibuat secara
online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh
pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM.
Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman
sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan
mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi
memastikan tidak berlaku sebarang masalah.
Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut:
1.
Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
2.
Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang
Serah.
3.
Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan
akaun.
4.
Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula
laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk
tujuan pengaktifan akaun.
5.
Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada
pautan [Lupa Kata Laluan].
6.
Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan
baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
7.
Cara Permohonan Online Melalui e-Pengambilan
PDRM
8.
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi
Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan
jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan
status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan semakan
status permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
Semakan Jawatan
1.
Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak
syarat-syarat
2.
kelayakan memohon.
3.
Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan
untuk menyemak
4.
Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
5.
Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang
di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
6.
Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang
1.
Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada
butang Log
2.
Masuk.
3.
Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data
peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum
kelangkah seterusnya.
4.
Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah
input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum
kelangkah seterusnya.
5.
Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR
adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum
kelangkah seterusnya.
6.
Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu
Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan
sebelum kelangkah seterusnya.
Permohonan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM
1.
Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan
Baru.
2.
Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga,
akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
3.
Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan
yang ditawarkan.
4.
Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
5.
Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih
setiap pengakuan pemohon.
6.
Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar,
pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat
adalah lengkap dan tepat.
7.
Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar
permohonan.
Cara Semakan Status Permohonan
Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak
Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam
Sistem e-Pengambilan PDRM.
1.
Pergi ke pautan
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
2.
Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
3.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
4.
Sila cetak surat panggilan tersebut.
Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu
Semak Status Permohonan.
1.
Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
2.
Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
3.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
4.
Sila cetak surat panggilan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help
desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit
Pengambilan PDRM.
Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk
laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Sumber: ecentral