Kampung Gajah: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan
potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai saman trafik (saman
terpilih) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin
Wariso berkata, bayaran boleh dibuat di kaunter diskaun saman trafik di Litar
Dato' Sagor, di sini bermula hari ini hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 4
petang.
Katanya, pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus
bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun
(NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan
saman berstatus waran tangkap.
"Pengecualian diskaun turut membabitkan saman berkaitan
ubahsuai ekzos, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat
merah dan memotong secara berbahaya atau potong 'Q' selain menggunakan lorong
kecemasan serta saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat," katanya dalam
satu kenyataan di sini, hari ini.
Sumber: hmetro