Pemain
bintang skuad Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan tidak tersenarai dalam
skuad FC Midtjylland yang akan ke Belanda untuk kem latihan pra-musim.
Perkara ini
disahkan sendiri oleh pihak kelab Denmark itu dimana seramai 30 pemain dibawa
oleh pengendali pasukan, Bo Henriksen. Namun begitu beliau membuat keputusan
untuk tidak membawa pemain yang kembali ke kelab setelah menjalani tempoh
pinjaman bersama pasukan lain musim lalu seperti Dion Cools.
Umum
mengetahui bahawa Dion Cools akan menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada
tahun hadapan dimana perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab iaitu
Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.
Selepas nama
Dion Cools tidak tersenarai ke kem pra-musim kelabnya, terdapat desas desus
yang mengatakan bahawa pemain kacukan Malaysia-Belgium itu akan menyertai JDT
lebih awal dari yang sepatutnya.
Memandangkan
kontrak beliau akan tamat pada Jun tahun hadapan, beliau dijangka akan terus
beraksi di eropah sehingga tamat kontrak sebelum berhijrah ke JDT.
Sudah
semestinya JDT tidak akan membayar amaun yang terlalu tinggi untuk mendapat
khidmat Dion Cools memandangkan mereka kini sudah mempunyai barisan pertahanan
mantap dengan kehadiran pemain baharu berprofil tinggi iaitu Jordi Amat.
Sumber:
makanbola