Kuala Lumpur: Dengan sekali lafaz, penyampai radio Danial
Zaini, 29, selamat bernikah dengan wanita pilihannya Yasmine Umira Yahya, 29,
di Timorra Avanue, Kuantan, Pahang, jam 10 pagi ini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Yahya
Abdul Rashid dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan
artis dan saudara terdekat.
Yasmin menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran
berjumlah RM 17, 777.77, seutas rantai emas dan sebentuk cincin. Dia turut
menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.
Danial akui cukup lega apabila hari bahagia mereka tiba juga
selepas pelbagai dugaan dilalui sepanjang bertunang selama tujuh bulan.
"Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan sangat
dinantikan. Banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah
bergelar suami hari ini. Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh
pertunangan.
"Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi
menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah. Ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada semua terutamanya kepada pihak penaja," katanya.
Lebih istimewa, majlis turut diberi kejutan dengan
pelancaran lagu terbaru Danial berjudul Hati yang di tulis khas oleh Danial
sendiri.

Pasangan mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021
namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai. Ia
demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.
Pada majlis terbabit, Danial dan Yasmine mengenakan busana
akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man
Kajang.
Sumber: hmetro