KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam
sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada
penjawat awam..
Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk
menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali
dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan
diambil.
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat
"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen
dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat
awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.
Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut
pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan
cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan
harga barang dan kos sara hidup.
Adnan berkata, cadangan lain termasuk:
• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan
awam;
dua kenaikan setiap tahun;
• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil
dan saksama;
• elaun pelbagai tugas;
• elaun batik dan pakaian kebangsaan;
• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan
segera;
• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua
tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini
sebagai langkah penjimatan kos; dan
• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada
pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.
Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam
sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia
relevan dengan zaman semasa.
Sumber: Berita Harian