Cara Semak Akaun KWSP Akaun 1 & Akaun 2, Bagi yang ingin
menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tak
perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter
lagi.
Jadi, untuk semak i-Akau KWSP online, kita kena daftar
i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.
Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, anda perlu pergi
ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan
menggunakan MyKad.
Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod
Pengaktifan masih ada untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!
Daftar i-akaun kwsp terlebih dahulu sebelum semak baki dalam
akaun simpanan KWSP anda.
Dan berikut adalah langkah mendaftar i-Akaun.
Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter
KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik
rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang
baru.
Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my seperti
dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >>
Pengaktifan i-Akaun’.
Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.
Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda.
Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan
mudah pada masa akan datang.
Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk
pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula
dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.
Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak
penyata KWSP secara online.
Cara Semak Akaun KWSP
Untuk membuat semakan baki KWSP online pula lihat panduan di
bawah ini.
Pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah, Login ke
i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login serta Pergi ke
menu Account.
Selepas itu, Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun
Sebelumnya’ dan Klik View Details.
Segala maklumat akaun akan dipaparkan seperti di bawah.
Lihat Gambarnya guys.
Boleh juga print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman
perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.
Cara Semak Akaun KWSP – Dividen
Jika selesai sahaja membuat semakan baki akaun kwsp, anda
juga boleh semak dividen kwsp secara online seperti yang kami sediakan panduan
di bawah ini.
Cara beza sedikit seperti di atas. okk” Pertama sekali Log
masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, pergi ke
menu serta Dividend dan klik View Details.
Dan maklumat pembayaran dividen anda akan dipaparkan seperti
gambar di bawah ini.
Permohonan & Cara Semak Akaun KWSP
Untuk permohonan pula kita juga boleh memohon pengeluaran atas
sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak
penyata akaun KWSP saja.
Tetapi KWSP juga membenarkan ahli mengeluarkan simpanan
Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah,
mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman
perumahan.
Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan
pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.
Jika kita lihat pada laman web KWSP, antara kemudahan
i-Akaun KWSP yang disediakan adalah :
-
Memohon e-Pengeluaran
-
Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun
sebelumnya
-
Menyemak status permohonan pengeluaran dan
sejarah pengeluaran
-
Menyemak maklumat penamaan
-
Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran,
simpanan dan pelaburan
-
Mengemaskini profil termasuk alamat
surat-menyurat
-
Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
-
Menyemak log aktiviti i-Akaun
Jadi, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP.
Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau
kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter kan?.. Semuanya kita
boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?
Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je
kan?
Maklumat Lanjut Tentang Cara Semak Akaun KWSP
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik
pautan di bawah ye.
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau
boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.