Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan
yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022
(BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.
BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022
Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah
bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk
membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup
serta mendapat jagaan yang sempurna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah
bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
SYARAT KELAYAKAN BKK 2022
1.
Warganegara Malaysia dan bermastautin di
Malaysia.
2.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK
Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18
tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
menengah atas sahaja).
4.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
CARA MEMOHON BKK 2022
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :
Secara Online:
Layari
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Secara Manual:
-
Cetak Borang Permohonan.
-
Cetak Borang Kemaskini sekiranya
terdapat kemaskini baharu.
Bawa bersama dokumen berikut ketika
hadir di pejabat JKM:
-
Salinan kad pengenalan diri pemohon
-
Salinan kad pengenalan suami / isteri /
ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
-
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli
keluarga yang tinggal bersama
-
Salinan penyata gaji (jika ada)
-
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan
dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi
-
Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian
03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke
-
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di
daerah anda.
Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada
anda.
Sumber: portalmalaysia.com