Cara Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah
Secara umumnya penjawat awam tentu sudah mengenal
LPPSA. Sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab uruskan kemudahan pembiayaan
perumahan sektor awam.
Pinjaman LPPSA sangat memberikan keuntungan kerana
kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa langsung gunakan duit
poket sendiri.
Namun,tahukah anda bahawa terdapat langkah untuk
pendekkan tempoh bayaran ansuran dan
menjimatkan kadar bunga?
Seorang pelabur dan perunding hartanah iaitu Yasir
Awaluddin telah berkongsikan tips.
Tips Jimat & Kurangkan Tempoh Bayar
Ansuran Rumah LPPSA Secara Online
Sesiapa yang merupakan penjawat awam ,boleh
pertimbangkan untuk buat bayaran lebih pembiayaan LPPSA melalui Penyelesaian
Sebahagian.
Ia berfungsi untuk pendekkan tempoh dan jimat interest
pembiayaan. Namun LPPSA hanya terima bayaran tambahan minimum 6 bulan ke atas.
Berapa banyak boleh jimat dan berapa lama tempoh boleh
dikurangkan ? Sebagai contoh harga rumah 400k.
Bayaran Biasa TANPA TAMBAHAN
-
Harga Rumah : 400k
-
Bulanan : 1,800
-
Tempoh : 35 tahun
-
Total interest : 343k
-
Bayaran keseluruhan : 743k
Bayaran DENGAN TAMBAHAN Tahunan 6 Bulan
-
Harga Rumah : 400k
-
Bulanan : 1,800
-
Tambahan bayaran 6 bulan setiap tahun :
10,800
-
Tempoh : 23 Tahun
-
Total interest : 212k
-
Bayaran keseluruhan : 612k
Jumlah Berjaya dikurangkan :
-
Dapat jimat interest sebanyak RM 132k
-
Dapat pendekkan tempoh bayaran menjadi 23
Tahun sahaja. (Awal 12 Tahun)
Cara Bayar Penyelesaian Sebahagian LPPSA
1.
Dapatkan jumlah yang tepat.
2.
Minimum pembayaran adalah 6 bulan
ansuran. Jadi kalau pembiayaan RM1000 sebulan, minimum adalah RM6000. Namun ini
hanyalah kiraan kasar.
*Untuk lebih tepat elok hubungi pihak LPPSA. Sama ada
melalui panggilan, e-tiket atau emel. Untuk emel, gunakan yang ini :
eftmaklum@lppsa.gov.my
3.
Buat bayaran seperti kaedah yang
dinyatakan di bawah.
Terdapat 2 cara Kaedah bayaran sebahagian LPPSA :
Kaedah Pertama : Bank
draft. Cuma yang ni agak lama prosedurnya sebab melibatkan urusan kurier.
Atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’
dan dihantar ke alamat:
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
(U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman)
P/S: Pastikan bank draft. Bukan cek persendirian atau
cek peguam.
Kaedah Kedua :
Melalui perbankan internet : Maybank2U, Cimb Clicks dan JomPay.
Cara Bayar LPPSA Melalui MAYBANK
Langkah 1 : Klik
Pay & Transfer
Langkah 2 : Klik
Pay, dan cari LPPSA Penyelesaian Sebahagian
Langkah 3 : Isi
amount hendak dibayar, No Akaun LPPSA, KP Pemohon. Settle!
Cara Bayar LPPSA melalui CIMBCLICKS
Langkah 1 : Klik
Pay & Transfer
Langkah 2 : Cari
Pay Bills
Langkah 3 : Cari
LPPSA > Jenis Payment : Penyelesaian Sebahagian
Langkah 4 :
Masukkan amount. Settle!
Setelah transfer, anda akan mendapat emel resit
pembayaran ke pihak LPPSA. Jangan lupa simpan sebagai rekod.
Untuk menyemak penolakan dan baki pembiayaan, boleh
semak di portal bahagian semak baki pinjaman.
Sumber: Facebook Yasir Awaluddin, portalinfo.my
0 Response to "Cara Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah"