SEBUT
saja nama pengarah Datuk Yusof Haslam, pasti ramai antara kita yang akan
membayangkan betapa ikoniknya filem-filem yang pernah disutradarakan oleh
beliau.
Sejak
dahulu lagi, banyak antara filem-filem karya Yusof berjaya menyorot perhatian
penonton, sekali gus memberi pulangan yang membanggakan terhadap rumah
produksinya, Skop Productions.
Imbas
kembali, kerjaya Yusof sebagai pengarah bermula selepas beliau mengarahkan
karya pertamanya iaitu Bayangan Maut (1991).
Namun,
namanya sebagai arkitek filem mula meroket hanya selepas filem Sembilu (1994)
dan Sembilu 2 (1995) meraih perhatian ramai, dengan kutipan masing-masing
sebanyak RM4 juta dan RM6 juta.
Kemudian,
Yusof Haslam kembali dengan sebuah lagi filem ikonik berjudul Pasrah yang
dilakonkan oleh Erra Fazira pada 2000. Filem tersebut berjaya meraih kutipan
sebanyak RM2 juta pada ketika itu.
Momentum
Yusof sebagai sutradara semakin meningkat apabila filem Gerak Khas The Movie
(2001) berjaya memberi pulangan sebanyak RM4.4 juta.
Legasi
Yusof Haslam sebagai pengarah berkaliber kini kelihatan dalam diri anaknya,
Syamsul Yusof yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem Mat Kilau.
Setakat
ini, filem yang baru diluncurkan beberapa minggu lalu itu berjaya meraih kutipan
lebih RM60 juta, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris di
Malaysia.
Untuk
rekod, ini bukan filem pertama arahan Syamsul yang berjaya meraih jumlah
kutipan tiket tertinggi.
Sebelum
ini, Syamsul turut memecah rekod jumlah kutipan panggung menerusi filem seram
Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018).
Menerusi
Munafik, Syamsul berjaya meraih RM19 juta manakala Munafik 2 dengan kutipan
sekali ganda sebanyak RM48 juta.
Sementara
itu, bakat seni yang mengalir dalam keluarga Yusof Haslam tidak terhenti pada
Syamsul.
Seorang
lagi anaknya, Syafiq Yusof turut tersenarai sebagai pengarah dengan kutipan
tertinggi menerusi filem Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan
Misteri Dilaila (2019).
Ketiga-tiga
filem ini masing-masing berjaya meraih kutipan sebanyak RM18 juta, RM12 juta
dan RM10 juta.
Tiga
buah filem terbitan Skop Productions berjaya menduduki tiga tempat pada carta
kutipan tertinggi filem-filem di Malaysia sepanjang zaman, dengan Mat Kilau dan
Munafik 2 menduduki tangga pertama dan kedua.
Akan
datang, Syafiq bakal kembali dengan buah tangan baharu berjudul Abang Long
Fadil 3.
Mengekalkan
Zizan Razak sebagai tonggak utama, filem yang bakal ditayangkan pada September
depan.
Berkesinambungan
dengan filem terdahulu, Abang Long Fadil 3 berkisar tentang kehidupan Fadil
yang dahulunya bekas gengster menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret
Service) untuk menjadi perisik.
Sumber:
Gempak, astroawani