Pasir Salak: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
memberi bayangan kerajaan tidak menolak untuk menyediakan bantuan tunai
tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika kenaikan harga barangan
terus berlaku.
Ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus
terkesan dengan kos sara hidup sekiranya kenaikan harga barang terus berlaku.
Ismail Sabri berkata, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.
Sumber: hmetro