Perceraian merupakan jalan terakhir buat pasangan
berkahwin yang mengambil keputusan untuk tidak lagi hidup bersama. Walaupun
perit, namun atas sebab tertentu perkahwinan yang disulam dengan kasih sayang
terpaksa berhenti di tengah jalan demi meneruskan kehidupan yang lebih baik..
Itu yang dilalui serta dikongsikan oleh seorang wanita
di TikTok yang terpaksa menelan pahitnya realiti selepas suaminya melafazkan
talak.
Suami ingin segera lafaz talak
Menerusi satu perkongsian video milik
@izzahrahimofficialo411 di laman TikTok, dia berkongsi perasaan setelah
bercerai di usia semuda 22 tahun.
Bukan itu sahaja, wanita itu yang telah dikurniakan
seorang anak perempuan, kini terpaksa membesarkan anaknya seorang diri.
Maafkan mamy tak mampu nak pertahankan.
Semoga pengalaman dan segala pahit manis
dapat jadikan aku wanita yang lebih dewasa untuk besarkan anak seorang diri.
Lebih menyedihkan lagi, wanita itu juga berkongsi rasa
kesal kerana tidak sempat bersalaman dengan bekas suaminya buat kali terakhir,
kerana lelaki itu terburu-buru ingin melafazkan talak.
Walau bagaimanapun, ibu tunggal itu tetap reda dan
hanya tersenyum ketika sesi itu berlangsung.
Netizen beri semangat
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang turut
berkongsikan pengalaman yang sama menjadi ibu tunggal muda, selain ada yang
memberi kata-kata semangat buat wanita itu.
Sumber: TikTok @izzahrahimofficial0411, ohbulan.com