KETIKA
ramai memberi tumpuan penuh terhadap kisah rumah tangga Puteri Sarah dan
Syamsul Yusof, ada yang kembali memunggah semula kisah peribadi artis lain yang
pernah melalui situasi sama.
Antara
nama yang dipetik ramai pastinya pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz yang
pernah melalui pengalaman rumah tangga diduga dengan pelbagai perkara kurang
enak.
Bagi
netizen khususnya kaum wanita, mereka melihat Bella sebagai wanita tabah dan
menjadi contoh untuk isteri yang sentiasa memperjuangkan rumah tangga terutama
ketika dilanda badai.
“Semangat
Bella kuat, wanita hebat,” puji netizen.
“Inilah
yang dikatakan definisi sebenar jodoh itu rahsia Allah,” komen seorang pengguna
TikTok.
Semangat
dan cinta yang dimiliki Bella ternyata sangat kuat. Sama juga dengan Aliff,
sehingga rumah tangga mereka kembali bahagia dan menjadi contoh buat pasangan
lain.
Mungkin
selepas ini Bella boleh kongsi lebih banyak tentang tip rumah tangga bahagia dengan
orang ramai ?
DIVA:
Mesti tertekan jadi Meerqeen, terlalu digilai peminat sampaikan ada yang
berkelakuan aneh-aneh.
Sumber: kosmo