Bantuan yang ditunggu-tunggu pada bulan Jun ini, BKM Fasa 2
telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima-penerima yang layak bermula
hari ini.
Bantuan BKM Fasa 2
Untuk makluman, bantuan BKM ini terbahagi kepada empat fasa
iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.
Bantuan ini dikreditkan secara one-off bertujuan untuk
meringankan beban sara hidup rakyat yang terbeban disebabkan kenaikan harga dan
fasa ekonomi yang mencabar waktu ini.
Bilakah BKM Fasa 2 Akan Dikreditkan?
Tarikh rasmi yang telah dinyatakan adalah pada 27 Jun
2022 ini dan akan dikreditkan secara berperingkat.
Kebanyakan penerima adalah mereka yang memiliki akaun Bank
Simpanan Nasional (BSN). Bank-bank lain kemungkinan akan masuk secara
berperingkat dari semasa ke semasa.
Bukti Pembayaran BKM Fasa 2
Sila rujuk gambar-gambar resit di bawah ini untuk kepastian
anda. Gambar-gambar berikut adalah resit daripada bank bagi mereka yang telah
menerima bayaran BKM.
Semakan Status BKM Fasa 2
Bagi mereka yang ingin melakukan semakan status permohonan
BKM Fasa 1 mereka, boleh klik DI SINI.
Info Lanjut
Mohon semak dulu di akaun bank anda secara online, lebih
mudah tanpa perlu beratur panjang di ATM untuk semak bantuan dah masuk ke
belum.
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran & soalan lazim BKM
Fasa 2 anda boleh rujuk DI SINI.