KUALA
LUMPUR: Kementerian Pendidikan menghormati segala keputusan dan prokotol yang
telah dipatuhi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) berhubung tindakan badan itu
membatalkan keputusan subjek Sejarah bagi 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2021.
Menteri
Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata LP adalah lembaga bebas dan
selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus
dihormati.
"Sekiranya
perkara-perkara itu (pembatalan keputusan) telah memenuhi protokol dan
peraturan yang ditetapkan LP, maka di pihak KPM, kita menghormati keputusan
itu.
"LP
adalah badan bebas, kalau menteri masuk campur akan cetuskan senario
kelam-kabut dalam konteks pelaksanaan peperiksaan," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Penggunaan
Digital dan Teknologi (DUTA) 2021 di Bukit Kiara, hari ini.
Tular
hantaran di Facebook, hari ini, mengenai surat keputusan LP yang mengekalkan
status pembatalan keputusan kertas Sejarah 2 SPM 2021 bagi 15 pelajar sebuah
sekolah di Putrajaya.
Menurut
hantaran itu, pembatalan keputusan peperiksaan bagi subjek itu didakwa adalah
berikutan pelajar terbabit yang terbawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan
peperiksaan.
Sementara
itu, mengenai isu sebuah sekolah di Sungai Besi yang menjemput seorang
pempengaruh media sosial sebagai penceramah motivasi, Radzi berkata, KPM akan
meneliti isu berkenaan sebelum sebarang ulasan atau tindakan lanjut.
"Saya
akan melihat apakah konteks jemputan berkenaan, saya belum menerima maklumat
mendalam mengenai perkara ini.
"KPM
tidak dimaklumkan mengenai jemputan itu, biasanya sekolah akan menjemput
penceramah untuk berbincang perkara yang ingin disentuh," katanya.
Sumber:
BERNAMA