Bantuan
RM600 Untuk Individu Bujang bagi Tahun 2022 l Semak Syarat Kelayakan Anda.
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh dalam membantu pelbagai golongan rakyat. Kerajaan
akan terus memacu pembaharuan dalam memastikan keperluan dan memudahkan urusan
rakyat dari semasa ke semasa.
Untuk
tahun 2022, kerajaan melalui peruntukan bajet telah memperkenalkan pelbagai
skim bantuan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Tatkala kita dan
keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kerana peningkatan kadar inflasi ,
endemik COVID19 dan lain-lain kesan kemelesetan ekonomi yang tercetus.
Diantara
bantuan yang diberi perhatian oleh kerajaan adalah mereka yang dari golongan
bujang. Golongan bujang antara mereka yang terjejas dengan keadaan semasa
negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan khas kepada
golongan bujang. Ikuti perkembangan lanjut bantuan kepada golongan bujang dibawah.
Kerajaan
Makaysia melalui pembentangan bajet 2022 telah memperkenalkan skim bantuan yang
berbentuk bantuan kewangan kepada golongan bujang. Bantuan tersebut dikenali
sebagai “Bantuan Keluarga Malaysia”.
Bantuan
Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan sebuah bantuan yang
diwujudkan bagi bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan
sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat yang berpendapatan rendah atau
golongan B40.
Dibawah
merupakan perkongsian mengenai Bantuan Keluarga Malaysia kepada anda, untuk
mengetahui lebih lanjut, syarat-syarat dan proses pemberian anda boleh merujuk
dibawah.
KADAR
BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN BUJANG
Jumlah
bantuan yang akan diterima oleh golongan bujang adalah seperti yang berikut:
Individu
Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu
RM5,000 ke bawah:
-
RM600
Bujang
yang berpendapatan RM2,500 dan kebawah:
-
RM350
Syarat-Syarat
Bagi Kelayakan Menerima Bantuan BKM Golongan Bujang
Syarat-syarat
yang ditetapkan oleh kerajaan adalah berdasarkan penilaian dari segi kehiduapan
individu. Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh golongan
bujang yang ingin mendapatkan bantuan ini:
1-
Bagi
golongan bujang hendaklah Had umur adalah antara 21 – 59 tahun.
2-
Pendapatan
bujang hendaklah RM2,500 dan kebawah.
3-
Bujang
atau ibu bapa tungga / janda / balu / duda yang tidak mempunyai anak yang
menepati syarat.
Tarikh
Peneriman Bantuan BKM Bagi Golongan Bujang
-
Untuk
pengetahuan semua, dalam masa setahun, sebanyak 4 kali pembayaran BKM ini akan
dilaksanakan. Kerajaan telah menyusun dan merangkan pembahagian bantuan BKM
secara berperingkat dalam mengikuti keperluan rakyat. Oleh itu, telah
diperkenalkan sebanyak 4 fasa akan dilalui dalam pembahagian bantun BKM.
-
Bermula
pada bulan Mac 2022 yang lalu, tarikh pembayaran untuk Fasa 1 sudah pun
bermula. Ianya akan disambung kepada Fasa 3 pada bulan September ini.
BAGAIMANAKAH
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM?
Mengikut
data pemohon BPR 2021, BKC B40 dan data penerima BPR 2021 yang tidak lulus atas
alasan menerima GKP, ianya akan dibawa secara terus ke dalam sistem BKM secara
automatik yang mana bertujuan untuk menyemak kelayakan bagi mereka yang layak.
Namun,
permohonan BKM yang baharu perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data
yang sedia ada pada pihak LHDNM. Bagi penerima yang sedia ada dan ingin membuat
sebarang perubahan maklumat , anda hendaklah membuat pengemaskinian dalam suatu
tempoh yang diberikan.
Bagi
menyemak bantuan BKM anda boleh merujuk pautan dibawah: