Adakah
anda dikalangan pemilik tanah tapi tidak mempunyai bajet dan peruntukkan untuk
membina rumah.?
Maka
itu, jangan khuatir kerana kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman
Perumahan diwujudkan supaya dapat
membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Semakan
Syarat Pinjaman Perumahan
Apakah
Syarat Kelayakan Memohon?
-
Pemohon
dan pasangan adalah warganegara Malaysia
-
Berumur
21 hingga 70 tahun
-
Bekerja
dan mempunyai pendapatan
-
Bukan
kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
-
Pemohon
dan pasangan belum mempunyai rumah
-
Jumlah
pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
-
Memiliki
tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Apakah
Syarat Pinjaman ?
-
Had
Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
-
Tempoh
maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
-
Caj
perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
-
Perlu
mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan
Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
Syarat
Pinjaman Generasi Kedua
-
Pilihan
pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan
syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00
dan bukan kakitangan kerajaan.
-
Perlindungan
insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
-
Generasi
ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
-
Syarat
Cagaran Tanah
-
Mencagar
tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran
bertulis pemilik tanah.
-
Nilai
tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang
dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
-
Bagi
tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
Baki
tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun. Mendapat
kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
Syarat
Pembinaan Rumah
-
Rumah
kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3
bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
-
Diberi
pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan
Negara (JPN) SAHAJA.
-
Pemohon
TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
-
Mendapatkan
kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
-
Perlantikan
kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
-
Kontraktor
tempatan mengikut kawasan DUN;
-
Mempunyai
Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
-
Memiliki
punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
-
Memiliki
pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Cara
Mohon Skim Pinjaman Perumahan
Muat
turun borang permohonan di sini.
BORANG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP)
Maklumat
Lanjut
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian
Kesejahteraan Bandar,Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras
30, N0 51 Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel:
03-8000 8000/ FAKS: 03-8891 4269
E-mel
: spp@kpkt.gov.my
Sumber:
portalinfo