Bantuan Lesen Memandu BLKM 2022 | Cara Permohonan Di Sini

PELUANG KERJAYA
0

 

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan bantuan baru iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2.

 

Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990-an melalui Program JPJ Bersama Rakyat sebelum menukar namanya kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

 

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan pemanduan kelas B2.

 

Diskaun Bayaran Yuran Lesen

 

Melalui bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran RM250 seorang dengan mengikuti kursus pendek.

 

Yuran ini lebih murah daripada kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.

 

Syarat Kelayakan Permohonan

 

-         Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dijalankan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:

-         Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas

-         Sihat fizikal dan mental

-         Tiada kecacatan fizikal

-         Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh JPJ atau polis

-         Tidak mempunyai sebarang lesen memandu

 

Cara Membuat Permohonan

 

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai cara memohon bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Maklumat lanjut

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman web rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !