Bantuan Kewangan RM700 automatik kepada penerima BKM: Ini Cara Membuat Tuntutan Kewangan
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban
mereka yang memerlukan.
Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan
B40 yang juga merupakan penerima Bantuan Kelauarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui
sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM700 kepada mereka dari kategori
berkenaan.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan
ini:
Bantuan RM700/setahun
Melalui Skim Perlindungan Masyarakat mySalam, pihak
kerajaan telah memperkenalkan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8
juta individu rakyat Malaysia.
Ia adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian
sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana
hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti bagi mereka yang
menjalani rawatan.
Syarat-syarat Kelayakan
Penerima mySalam adalah merupakan individu yang
menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1
Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga
Malaysia.
Syarat lainnya pula adalah:
-
Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
-
Individu bujang berumur antara 40 tahun
dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
-
Individu OKU berumur antara 18 tahun dan
65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
Cara Membuat Tuntutan
1.
Layari portal rasmi mySalam dan log
masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar
kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
2.
Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon
‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan
Hospitalisasi’.
3.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan
klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau
*.jpeg
-
Salinan Nota Discaj
-
Salinan dokumen pengenalan, cth Kad
Pengenalan (depan dan belakang)
4.
Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan
proses penghantaran tuntutan.
Semakan Kelayakan
Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan
mySalam, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi mySalam –
DI SINI.
Bagi maklumat lengkap berkenaan mySalam, ia boleh
dibaca dan diteliti – DI SINI.
Sumber: semakanbantuan.com
0 Response to "Bantuan Kewangan RM700 automatik kepada penerima BKM: Ini Cara Membuat Tuntutan Kewangan"