Untuk
bulan Julai 2022 ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif
melaksanakan pembayaran bayaran bantuan JKM Julai 2022 mengikut tarikh yang
telah ditetapkan.
Kami
berkongsi dengan anda maklumat terkini pembayaran Bantuan JKM di dalam artikel
ini.
Tarikh
Pembayaran Bantuan Julai 2022
Untuk
makluman semua, bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Julai 2022 akan
dikreditkan kepada penerima bermula:
-
11
hingga 12 Julai 2022
Bayaran
untuk bulan Ogos 2022 juga akan dikreditkan mengikut tarikh yang asal.
Senarai
Bantuan JKM Yang Anda Boleh Mohon
1.
Bantuan Kanak-Kanak
Bantuan
Kanak-Kanak (BKK) merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan anak-anak untuk
kelangsungan hidup dan mendapat penjagaan yang sewajarnya.
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun,
mengumumkan peningkatan jumlah bantuan sebanyak RM1000 berbanding RM450 sebelum
ini.
2.
Bantuan Warga Emas RM500
Bantuan Warga Emas atau Bantuan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Maklumat
Lanjut
Untuk
sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) di:
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Aras
6, 9-18
55,
Persiaran Perdana,
Presint
4,
62100
Putrajaya.
No.
Tel: 03-8000 8000