Pelbagai
pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang
sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara
umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya
atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk
terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu
pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa
3 & 4 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat
terperinci mengenai bantuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar
Bantuan BKM Fasa 3 & Fasa 4
Kategori Isi
Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
Bilangan
anak 0: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM300 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
-
Bilangan
anak 0: RM100 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM100 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM100 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
Kategori
Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
Bilangan
anak 0: RM500 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM700 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
-
Bilangan
anak 0: RM400 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM400 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
Kategori
Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM800 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
-
Bilangan
anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
-
Bilangan
anak 3 ke atas: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
Kategori
Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59
tahun dan ke bawah
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
Fasa
3: RM150
-
Fasa
4: Tiada
Kategori
Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60
tahun dan ke atas
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
Fasa
3: RM150
-
Fasa
4: RM150
PM
Menjangkakan Akan Ada Bantuan Tambahan Lagi
“Kalau kes
(kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan
tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri
Yaakob ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah
Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor baru-baru ini.
Tarikh
Pembayaran BKM Fasa 3 & 4
Bagi
pembayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4, bulan yang ditetapkan adalah pada September
dan Disember 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan
oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat
Lanjut
Untuk sebarang
maklumat lanjut, anda boleh ke pautan rasmi BKM di sini: KLIK SINI
Sumber: semakanbantuan