Bantuan BINGKAS atau dikenali sebagai Bantuan Kehidupan
Sejahtera Selangor diperkenalkan oleh kerajaan pusat di Negeri Selangor bagi
meringankan beban kehidupan terutamanya golongan B40.
Program Bantuan BINGKAS Online
Program bantuan ini bertujuan untuk meluaskan lagi
capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program
Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan
sahaja oleh golongan ibu tetapi juga dapat dirasai oleh ahli keluarga yang
lain.
Sasaran program ini adalah untuk 30,000 keluarga dengan
bantuan RM 300 akan diberikan setiap bulan bagi menampung pembelian keperluan
asas serta peralatan pendidikan.
Syarat Permohonan BINGKAS
Berikut adalah syarat pendaftaran bagi sesiapa yang
ingin daftar bantuan ini :
-
Warganegara Malaysia.
-
Lahir di Selangor atau menetap di
Selangor melebihi 10 tahun.
-
Pengundi berdaftar di Selangor.
-
Ada tanggungan yang berumur 18 tahun ke
bawah.
-
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
sebulan.
Cara Permohonan BINGKAS Online 2022
Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk
mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.
1. Pergi ke laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
2. Masukkan nombor telefon anda.
3. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
4. Hantar permohonan.
Jika anda penerima KISS sebelum ini, sila kemaskini
nombor telefon bimbit anda di sini :
Cara Pembelian Melalui Bingkas
1. Pergi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah
Program BINGKAS.
2. Pilih barang yang ingin dibeli.
3. Juruwang imbas ID penerima dalam applikasi SELANGKAH
untuk tujuan pengesahan.
4. Pastikan baki dalam akaun BINGKAS mencukupi.
5. Penerima menekan “PAY” & pilih akaun BINGKAS untuk
buat pembayaran.
6. Masukkan 6 digit pin untuk pengesahan.
7. Selesai.
Semakan Senarai Barang Keperluan BINGKAS
Selangor
Hanya barang yang tersenarai di bawah sahaja yang
dibenarkan untuk pembelian :
-
Beras
-
Bihun/ Mi
-
Roti
-
Biskut
-
Telur
-
Gula & garam
-
Tepung
-
Minyak Masak
-
Sayur & Buah
-
Rempah ratus, kicap, sos
-
Daging ayam, lembu, kambing & ikan
-
Sabun, bahan mandi & bahan pencuci
-
Lampin pakai buang
-
Produk tenusu
-
Barang persekolahan
-
Perihal pendidikan
Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan pusat
ini. Terima kasih.
Sumber: portalmalaysia.com