SEJURUS
selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman
(OPR) kepada 2.25 peratus daripada 2.00 peratus, sebahagian besar bank utama di
Malaysia mengumumkan semakan semula kadar pinjaman dan pembiayaan ditawarkan.
Affin
Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank menyemak
semula kadar rujukan pinjaman/pembiayaan mereka sebanyak 25 mata asas (bps)
atau 0.25 peratus, berkuat kuasa 8 Julai 2022.
Menurut
Affin Bank, ia dibuat susulan pengumuman BNM untuk menaikkan OPR kepada 2.25
peratus daripada 2.00 peratus pada 6 Julai 2022.
"Selari
perubahan itu, Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka
Affin Islamic juga dinaikkan berkuat kuasa 8 Julai 2022," katanya dalam
kenyataan.
Sementara
itu, RHB Banking Group juga menyemak semula Kadar Asas (BR) dan Kadar
Pinjaman/Pembiayaan Asas (BLR/BFR) yang naik 25 bps berkuat kuasa 13 Julai 2022
selaras kenaikan OPR.
RHB
Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd meningkatkan BR
mereka kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus setahun, kata kumpulan itu
dalam satu kenyataan.
Kumpulan
itu juga menyemak semula BLR/BFR kepada 5.95 peratus daripada 5.70 peratus
setahun.
Selaras
semakan itu, kadar simpanan tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga diselaras
naik berkuat kuasa tarikh sama.
Dalam
pada itu, Public Bank melakukan pelarasan semula dengan menaikkan BR dan
BLR/BFR sebanyak 25 bps atau 0.25 peratus berkuat kuasa 8 Julai 2022.
"BR
bank ini dinaikkan kepada 2.77 peratus daripada 2.52 peratus manakala BLR/BFR
dinaikkan kepada 5.97 peratus daripada 5.72 peratus.
"Pada
masa sama, kadar simpanan tetap Public Bank turut dinaikkan sewajarnya sebanyak
0.25 peratus membabitkan semua tempoh yang turut berkuat kuasa pada tarikh
sama," katanya.
Selain
itu, CIMB Bank dan CIMB Islamic menaikkan 25 bps dalam BR dan Kadar Deposit
Tetap/Kadar Pendapatan Pulangan Tetap Account-i.
Semua
kemudahan pembiayaan berdasarkan BLR dan BFR juga dinaikkan 0.25 peratus dengan
semua perubahan kadar berkuat kuasa pada 13 Julai 2022.
Dalam
pada itu, Maybank juga melaras naik BR dan BLR sebanyak 25 bps berkuat kuasa 8
Julai 2022.
BR
Maybank lebih tinggi daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun
manakala BLR dilaras daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.
Kadar
Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas juga dinaikkan 25 mata asas daripada 2.00
peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun dan daripada 5.65 peratus setahun
kepada 5.9 peratus setahun masing-masing.
Sumber:
hmetro