KUALA
LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki No. 1 dunia, Viktor Axelsen menjadi pemain
Eropah pertama dalam tempoh 15 tahun menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka
Malaysia selepas menewaskan pemain No. 2 dunia dari Jepun, Kento Momota pada
final di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.
Bintang
Denmark itu tidak berdepan masalah untuk menyekat kemaraan Momota yang
menghadiahkan Axelsen kemenangan mudah 21-4, 21-7 dalam tempoh 33 minit.
Kali
terakhir wakil Eropah memenangi Terbuka Malaysia ialah pada 2007 menerusi Peter
Gade.
Axelsen
sendiri terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk merangkul gelaran perseorangan
lelaki itu, selepas percubaan pertamanya pada 2012 menemui kegagalan.
Sumber:
UTUSAN ONLINE