Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, bermakna negara
kita kehilangan trio hebat zaman kegemilangan filem melayu Jalan Ampas.
Ketika hayatnya, Allahyarham amat dikenali dengan watak Ajis
bersama trio Ramlee dan Sudin menerusi filem Bujang Lapok, Seniman Bujang
Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.
Siri filem Bujang Lapok sememangnya kekal segar dalam
ingatan peminat filem melayu sehingga ke hari oleh segenap lapisan usia.
Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee.
Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa
babak yang disyorkan olehnya kepada P.Ramlee.
“P. Ramlee seorang yang menghormati orang dan senang
menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yang saya cadangkan diterima
olehnya.
“Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling
batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan
babak tersebut” cerita Allahyarham lagi.
Pak Ajis yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka
buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem
lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai.
“Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita
P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee.
@xrylasya #datoazizsattar #ypfッ #batch10 ♬ suara asli - DENII
“Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang,
seni kami untuk masyarakat”