Tahniah
diucapkan buat Youtuber yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 27, yang
selamat menyambut kelahiran anak keduanya.
Memaklumkan
berita gembira itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram, pengarah filem
35MM itu turut berkongsikan nama permata hatinya.
Serentak
dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan serta
mendoakan yang baik-baik buat Syahmi seisi keluarga.
Terdahulu,
Syahmi berkahwin dengan isterinya, Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan
cahaya mata pertama mereka, Ainul Mardhiah, kini berusia tiga tahun.