Perlawanan
akhir Piala AFF Bawah 19 tahun ini menemukan Malaysia dan Laos. Perlawanan
berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia selepas
menumbangkan Laos 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Patriot
Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi.
Gol
Malaysia dijaringkan oleh Faiz Amer dan Aliff Izwan
Perlawanan
dimulakan dengan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan
untuk mendapatkan gol awal namun benteng kedua-dua pasukan dilihat berdisiplin
dalam mempertahankan kubu mereka.
Keadaan
padang juga agak becak dan ianya sekali gus mengganggu kelancaran dari segi
pergerakan bola.
Pemain
sayap kanan Malaysia Najmudin Akmal terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-12
dkerana mengalami kecederaan dan tempat beliau digantikan oleh Haykal Danish.
Malaysia
tidak perlu menunggu lama untuk mendahului apabila seawal minit ke-14, Faiz
Amer berjaya meletakkan Malaysia di depan selepas menyambar sepakan percuma
yang diambil oleh Alif Izwan. Malaysia mendahului Laos 1-0.
Tersentak
dengan gol Malaysia, Laos cuba mengatur serangan namun kelihatan benteng
pertahanan Malaysia dilihat sangat berdisiplin untuk mematahkan serangan Laos.
Laos
hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil kekalutan di hadapan gawang
namun Syahmi Adib berjaya menyelamatkan gawang.
Separuh
masa pertama akhirnya ditamatkan dengan kedudukan memihak Malaysia 1-0.
Bersambung
babak kedua, Malaysia meneruskan penguasaan bola dan pada minit ke-60 hampir
menggandakan kedudukan sekali lagi melalui Faiz Amer namun percubaannya
melambung tinggi.
Penjaga
gol Malaysia, Syahmi Adib agak sibuk dalam separuh masa kedua selepas beberapa
kali menyelamatkan gawang gol dari dibolosi Laos.
Aliff
Izwan akhirnya berjaya menambah gol buat Malaysia pada minit ke-75 selepas
menyambar peluang terhidang di dalam kotak penalti.
Serangan
Malaysia berterusan apabila Haykal Danish hampir menggandakan jaringan pada
minit ke-80 namun percubaannya sedikit tersasar.
Wisel
penamat akhirnya ditiup dan Malaysia menjulang Piala AFF B-19 selepas
menewaskan Laos dengan keputusan 2-0. Pencapaian ini sekali gus menyaksikan
Malaysia mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lepas iaitu pada tahun
2018.
Sumber:
makanbola